Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor PICOMS hari ini turun padang bersama panel penilai Pematuhan Akreditasi Penuh Program MQA.

Antara hospital yang dilawati adalah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang mana hospital ini menempatkan pelajar Diploma Farmasi bagi menjalankan praktikal.

Turut sama didalam lawatan ini adalah Prof. Madya Dr. Malina Jasamai selaku Pengerusi panel penilai dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur serta Prof. Madya Dr. Mohd Nazil Salleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik) PICOMS.

Turut berjalan serentak adalah lawatan oleh panel penilai lain ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Pusrawi dan Pejabat Kesihatan Cheras

.